Social Icons


PUSAT SUMBER























Apa itu NILAM


LATAR BELAKANG
Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.
Program NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.
Matlamat
Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Centeradalah seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;
  • Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
  • Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.
Objektif
Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Centeradalah sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.
Pelaksanaan
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;
Tahap Jauhari
  • Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
  • Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
  • Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
  • Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Tahap Rakan Pembaca
  • Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
  • Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
  • Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
  • Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
  • Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dicadangkan di peringkat RP Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center adalah seperti berikut;
  • Bercerita
  • Membaca bersama
  • Bicara Buku
  • Meminjam buku
  • Memberi pinjaman buku
  • Ulasan Buku
  • Ulat Buku
  • Kamus Bergerak
  • Forum
  • Ceramah Buku
  • Ceramah
  • Jejak Buku
  • Khemah Membaca
  • Kuiz Pengetahuan
  • Radio Sekolah
  • Pameran Buku
  • Buku Skrap
  • SEMAI
  • Kelas Terbaik NILAM (Menengah Rendah & Atas)
Pengiktirafan
Berhubung pengiktirafan Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center. Murid-murid yang layak akan mendapat:
  • “Stand Medal”
  • Buku Kerja.
  • Sijil Anugerah NILAM
  • Kad Ahli Ekslusif NILAM
  • Kad Kumulatif
  • Sijil Akuan Sekolah
  • Sijil Berhenti Sekolah
Pengiktirafan Tahap Jauhari
Jumlah Bacaan Pengiktirafan
72-143 buah Gangsa
144-215 buah Perak
216- 287 buah Emas
288 ke atas NILAM
Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca
Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing. Program NILAM Tahap Rakan Pembaca peringkat Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center adalah sama dengan pengiktirafan diperingkat kebangsaan.
Markah Pengiktirafan
100-199 Gangsa
200-299 Perak
300-399 Emas
400 ke atas NILAM

Kenali Pusat Sumber

APA ITU PUSAT SUMBER

Pusat Sumber Sekolah bukan sekadar tempat bahkan ia juga adalah perkhidmatan, koleksi dan agen perubahan.

KONSEP PUSAT SUMBER

Suatu Tempat yang memberikan suatu suasana pembelajaran kendiri yang selesa.

Perkhidmatan yang ditawarkan memboleh pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran.
Koleksi Bahan yang disediakan adalah lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan.
Agen Perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan dibidang pembelajaran.



OBJEKTIF PUSAT SUMBER



> Kecemerlangan pendidikan

> Penggunaan kemudahan

> Pemupukan tabiat membaca

> Penghasilan bahan

> Perkhidmatan pembelajaran

> Kemahiran maklumat




CIRI-CIRI PUSAT SUMBER BERKESAN



> Warga sekolah tahu dan kenal Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

> Terdapat pelbagai aktiviti galakan penggunaan Pusat Sumber Sekolah

> Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

> Lokasi Pusat Sumber Sekolah adalah strategik dan ditengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi

> Warga sekolah suka dan senang berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah

> Warga sekolah faham peranan Pusat Sumber Sekolah sebagai khidmat bantu kurikulum

> Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik.




No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates