Social Icons


Wednesday, September 28, 2016

ANUGERAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI MELAKA 2016


TEMA:
Inovasi Teknologi Pemangkin Kecemerlangan Transformasi Pendidikan Bestari


Sukacita dimaklumkan bahawa Anugerah Teknologi Pendidikan Negeri Melaka merupakan majlis yang memberi pengiktirafan ke atas kualiti dan hasil usaha warga pendidik seluruh negeri Melaka dalam melestarikan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Selain daripada itu, ia juga memberi penghargaan kepada para pentadbir dan sekolah - sekolah yang telah mencapai kecemerlangan dalam pelaksanaan program pembestarian / inisiatif ICT sekolah.
Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
                        Tarikh   :           5 Oktober 2016 (Rabu)
                        Masa    :           8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
                        Tempat :           Auditorium Kolej Yayasan Saad,
                                                 Ayer Keroh Melaka
                        Perasmi:           YBhg. Pengarah Pendidikan Melaka
           
Semua Pengetua dan Guru Besar diwajibkan hadir.

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates